Kem Cuti Sekolah E-Kelas 2018

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

E-kelas yang telah dijalankan di Pusat Internet Kg Taee bermula dari April lalu kini telah sampai ke musim cuti persekolahan. Sebelum cuti persekolahan bermula, pelajar e-kelas telah digalakkan untuk kekal aktif hadir ke sesi pembelajaran e-live dan juga sering muat naik di dalam learning portal. Ini adalah untuk menempatkan mereka supaya layak mengikuti kem cuti sekolah. Maxis telah menganjurkan Kem Cuti Sekolah di UKM Bangi, Selangor untuk pelajar yang terpilih sesi e-kelas si seluruh Malaysia pada tahun ini. Pelajar yang dipilih adalah berdasarkan prestasi yang telah dinilai oleh pihak Maxis sendiri. Oleh itu, seramai 10 orang pelajar e-kelas Pusat Internet Kampung Taee yang telah dipilih untuk menyertai Kem Sekolah tersebut. Kesemua kos perbelanjaan telah ditanggung oleh pihak Maxis. Pelajar yang terpilih untuk pergi adalah Jascinta Jeffrson, Genevieve Sara, John Mackwin, Nessha Valessha, Clayneris, Ned Gavin, Yasmeen Yusairah, Christina Calvyta, Ted Bermand dan Tottielon.

Kem Cuti Sekolah yang berjalan selama 3 hari itu mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik untuk kesemua pelajar yang turut serta. Di UKM, mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang perlu kecerdasan dan kecergasan para pelajar. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Ice Breaking dan Telematch, lawatan ke Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM, Program STEM – ‘Create Play & Competition, Robotic Sumo Battle, sukaneka, lawatan pelajar e-kelas ke Maxis Tower, perjumpaan dengan Cikgu e-kelas, lawatan ke Petrosains dan persembahan pelajar - pelajar Pusat Internet Kampung Taee semasa majlis makan malam dan majlis penutupan e-kelas.

Antara tujuan utama Kem Cuti Sekolah ini diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang e-kelas dan pelbagai manfaat yang diperolehi apabila mengikuti Kem Cuti Sekolah ini. Selain itu, memberi motivasi kepada para pelajar supaya lebih bercita – cita dan cintakan ilmu pembelajaran. Akhir sekali tujuan Kem Cuti Sekolah ini adalah untuk menggalakkan pelajar yang belum berdaftar dengan e-kelas untuk turut serta kerana terdapat perlbagai kelebihan yang telah disediakan.

Kelebihan dan kebaikan yang boleh diperolehi melalui Kem Cuti Sekolah ini adalah para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat supaya mereka menjadi lebih bermotivasi. Selain itu, para pelajar dibawa meneroka ke tempat pengajian tinggi iaitu UKM dan boleh memberi inspirasi dan semangat bercita - cita untuk kesemua para pelajar. Dan seterusnya, para pelajar mendapat ilmu baru dan peluang bercuti secara percuma dimana program seperti ini sangat julung – julung kali diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali